HomeUtamaGagasan Rakyat sedia "gasak" parti lawan - Nizam

Gagasan Rakyat sedia “gasak” parti lawan – Nizam

Read Time:2 Minute, 0 Second

Oleh Florieta Diet

TUARAN: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kini berada dalam keadaan bersiap siaga sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, dengan tekad untuk “menggasak habis-habisan” parti lawan demi memastikan kemenangan besar calon-calon Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, jentera penerangan parti di seluruh negeri telah diperkasa melalui siri Jelajah Bengkel Penerangan yang dianjurkan sejak tahun lalu, meliputi zon Tawau, Sandakan, Kundasang, Papar dan ditutup secara rasmi di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama di Tuaran pada Sabtu (26 April).

“Pelancaran jentera penerangan hari ini bukan sekadar simbolik, tetapi membuktikan kesiapsiagaan sepenuhnya dari segi kemahiran, kefahaman, strategi komunikasi dan semangat juang jentera kita untuk menghadapi PRN akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Penerangan Gagasan Rakyat dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Kerua Menteri merangkap Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Hajiji Noor, serta dihadiri kepimpinan tertinggi parti, ketua-ketua sayap dan jentera penerangan dari 73 bahagian seluruh negeri.

Mengulas lanjut, Nizam berkata jentera penerangan kini memainkan peranan strategik dalam membentuk naratif politik, mempertahankan dasar kerajaan dan menangkis serangan maklumat palsu daripada pihak pembangkang.

“Era penerangan hari ini memerlukan kita menguasai media sosial seperti TikTok, Facebook, Instagram dan blog, selain memastikan rakyat menerima maklumat tepat serta sahih,” katanya.

Dalam majlis itu juga, slogan “GASAK 17” diperkenalkan sebagai tagline rasmi jentera penerangan parti, menyuntik semangat gerak kerja menghadapi PRN ke-17.

“GASAK 17 sebagai tagline penerangan yang diambil daripada akronim gagasan rakyat Sabah kemenangan di pilihan raya negeri ke-17 bagi menyuntik semangat kerjasama, kesatuan, kebersamaan komunikasi jentera penerangan dengan penuh disiplin serta misi dan visi yang jelas.

“Pilihan raya negeri ke-17 yang semakin hampir adalah pilihan raya yang amat penting kepada kita untuk memenanginya. Kita akan menggunakan segala saluran komunikasi yang ada untuk menjangkau semua lapisan rakyat agar mereka tidak terhasut dengan maklumat yang tidak betul.” katanya.

Bagi memperkasakan lagi penyampaian maklumat digital, Gagasan Rakyat turut mengumumkan penganjuran pertandingan kreatif “Pidato TikTok Gagasan Rakyat”, terbuka kepada semua ahli parti, sebagai platform mempromosikan pencapaian kerajaan di bawah slogan “Sabah Maju Jaya, Rakyat Sejahtera”.

“Kita bersedia turun ke medan demokrasi dan berjuang sepenuh tenaga untuk kemenangan rakyat dan masa depan Sabah,” katanya.

Majlis diakhiri dengan laungan semangat mempertahankan kerajaan GRS-PH Plus dan kesediaan penuh jentera Gagasan Rakyat menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat.

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Bergerak sasar selesaikan isu dokumentasi penduduk pedalaman Kalabakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular