HomeUtamaLiputan komunikasi di Sepilok memuaskan - Fahmi Fadzil

Liputan komunikasi di Sepilok memuaskan – Fahmi Fadzil

Read Time:51 Second

Sandakan : Kualiti liputan komunikasi di kawasan pelancongan utama Sepilok, Sandakan, didapati memuaskan hasil sesi pengujian yang dijalankan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ujian yang dilakukan di Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan Rainforest Discovery Centre itu melibatkan penyertaan lima penyedia perkhidmatan utama iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL dan TM Tech. 

Hasilnya, liputan di lokasi tumpuan pengunjung berada pada tahap baik, membolehkan pengalaman pelancongan yang lebih lancar.

Bagaimanapun, beberapa kawasan seperti kaunter penerimaan, klinik veterinar dan Lakeside Pavilion dikesan mempunyai liputan lemah. 

Penyedia perkhidmatan telah diarahkan untuk segera menambah baik liputan sebagai persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Selain itu, sesi libat urus turut diadakan untuk merintis kerjasama antara pusat pelancongan utama Sabah dan Kementerian Komunikasi dalam usaha memperkasa industri pelancongan dengan sokongan capaian Internet yang lebih mantap.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md. Isa; Anggota Suruhanjaya MCMC, Jeneral (B) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin; dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Negeri MCMC,  Bukhari Yahya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pemilik premis diseru kemuka permohonan sahkan arah kiblat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular