HomeUtamaAmang seksual: Guru berdepan 8 pertuduhan libatkan empat murid

Amang seksual: Guru berdepan 8 pertuduhan libatkan empat murid

Read Time:49 Second

Oleh J. Evachel John

KUDAT: Seorang guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan amang seksual terhadap empat murid Darjah 5.

Lowoyon Elod Jiviol, 33, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim A. Akhiruddin @ Boy Acho.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap empat murid — dua lelaki dan dua perempuan antara 31 Disember 2024 dan 3 Januari 2025, sekitar jam 7.30 pagi hingga 8 pagi, di dalam bilik darjah sebuah sekolah rendah di daerah ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan, serta menetapkan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan tertuduh supaya tidak mengganggu pengadu dan mangsa sepanjang tempoh perbicaraan.

Tertuduh diwakili peguam Sylyester Kuan, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin.

RELATED ARTICLES
Utama

Pasukan N82 Bukit Sari Lawas menang piala TYT di Perlumbaan Perahu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular