HomeUtamaBanjir semakin buruk, lebih 1,000 mangsa berlindung di enam PPS

Banjir semakin buruk, lebih 1,000 mangsa berlindung di enam PPS

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu: Situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila mencatatkan jumlah mangsa banjir yang meningkat kepada 1,462 orang melibatkan 446 keluarga setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak tiga daerah di negeri ini dilaporkan terjejas banjir dengan enam buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) diaktifkan.

Antara daerah terlibat adalah di Sook; Beaufort dan Sipitang.

Daerah Sook menjadi antara daerah merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,331 orang melibatkan 402 keluarga dan lima PPS turut diaktifkan.

Antara PPS yang diaktifkan di daerah itu adalah di Balai Raya Kampung Molosok Dalit; Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Keningau 2; Dewan Kampung Ansip Tengah; Dewan Datuk Ellron Angin dan Dewan Masyarakat Sook.

“Manakala di Beaufort, seramai 131 orang mangsa melibatkan 44 keluarga di tempatkan di satu PPS iaitu di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon.

“Di Sipitang, satu PPS diaktifkan iaitu di Dewan SK Padang Berampah, namun pada masa ini proses pemindahan masih dilaksanakan pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu di sini.

Trend pemindahan mangsa banjir di daerah terlibat meningkat– SABAH MEDIA / FOTO APM SABAH

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Bergerak sasar selesaikan isu dokumentasi penduduk pedalaman Kalabakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular