HomePolitikGRS tiada masalah tanding solo

GRS tiada masalah tanding solo

Read Time:1 Minute, 49 Second

Kota Kinabalu : Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat tidak mempunyai masalah untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 jika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai hala tuju sendiri.

Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Ruslan Muharam berkata, keputusan gabungan parti nasional sepakat untuk bekerjasama pada PRN akan datang  memberi kekuatan kepada GRS.

“Sebagai Naib Presiden PBS, kita melihat kalau itulah keputusan yang mereka capai, kita bukanlah untuk menidakkan, tapi mereka yang cuba bekerjasama dengan UMNO dan PH.

“Tapi bagi kita di GRS memang sudah parti tempatan, saya ingat ini adalah menjadi satu kekuatan untuk kita.  Jika melihat pandangan akar umbi, GRS tiada masalah untuk bergerak sendiri.

“Tetapi itu hanya suara, bukan keputusan pemimpin GRS, tapi bila BN dan Ph telah memutuskan yang tidak bersama dengan GRS, itu terserah kepada mereka bukan kita yang menolak, tapi kalau itulah keputusan mereka kita terima dan kita cuba lihat dalam PRN 17 ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, PH di Sabah pada masa ini dilihat lebih senang bekerjasama dengan GRS.

Bagaimanapun katanya, PH dilihat perlu akur dengan keputusan atasan dan tidak mempunyai autonomi untuk membuat keputusan secara sendiri.

“Saya melihat keputusan BN dan PH bekerjasama tidak mempunyai masalah. Sebab kalau kita lihat dalam kerajaan hari ini sebenarnya lebih baiklah kita bersama-sama dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Menteri yang juga Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor berkata, gabungan parti tempatan itu sedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan pada PRN akan datang.

Katanya, parti-parti tempatan harus menjadi tonggak kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata, GRS berpegang kepada prinsip bahawa kerajaan negeri Sabah seharusnya dipimpin oleh parti tempatan yang memahami realiti, budaya dan keperluan rakyat tanpa mengetepikan peranan dan kepentingan parti-parti nasional dalam kerangka kerjasama yang lebih luas.

“Sekiranya keputusan muktamad Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah untuk bekerjasama dalam PRN akan datang, maka GRS bersedia untuk bertanding secara solo dan memfokuskan kerjasama dengan parti-parti tempatan lain yang sehaluan. 

“Menyimpang daripada prinsip ini bermakna kita mengabaikan aspirasi sebahagian besar rakyat Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kenyataan Junz Wong bermotif politik, cuba mengelirukan rakyat – Armizan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular