HomePolitikPRN17 : Perbincangan perlu memihak, beri kelebihan kepada GRS - Jasnih

PRN17 : Perbincangan perlu memihak, beri kelebihan kepada GRS – Jasnih

Read Time:1 Minute, 52 Second

Tuaran : Pimpinan akar umbi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mahu apa juga bentuk perbincangan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang memihak kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya berkata, perkara itu menjadi tugas pimpinan GRS untuk membuat keputusan yang memihak kepada gabungan itu.

“Kita di peringkat akar umbi pertamanya kita serahkan keputusan di peringkat presiden, di peringkat pimpinan teratas. Apa juga perancangan ataupun perbincangan yang berlaku di atas itu, kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan.

“Kita mahu apa juga bentuk perbincangan itu memihak dan memberi kelebihan kepada kita di GRS. Kerja kita adalah memastikan dalam apa juga bentuk formula, kita perlu menang bila kita bertanding. Sebab itu formulanya mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan persidangan Tahunan Cawangan Berkelompok 4 Peringkat Gagasan Rakyat Pantai Dalit bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Gayang di Dewan Serbaguna Kampung Gayang di sini pada Isnin.

Selain menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan, Jasnih yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit juga mahu supaya Kerajaan negeri diberi keutamaan kepada parti lokal untuk melihat formula sebaiknya bagi mengekalkan Kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persediaan jentera parti bagi menghadapi PRN ke-17, Jasnih berkata, pihaknya bersama ahli parti di bahagian Pantai Dalit sentiasa bersiap sedia di semua peringkat termasuk akar umbi.

“Walaupun bukan dalam keadaan pilihan raya pun, kita sentiasa memastikan kita punya akar umbi, kita punya pengikut, kita punya ahli-ahli terutamanya melalui ketua cawangan beroperasi dan berfungsi sebagai satu parti yang membantu di peringkat akar umbi.

“Tidak kiralah pilihan raya atau tidak, parti ini kita perlu perkukuhkan dan apatah lagi bila kita menghadapi pilihan raya ini, kita memang bersedia. Kalau kita jalan solo pun, kalau kita tengok banyak suara-suara daripada mana-mana PDM yang mahu kita bergerak solo.

“InsyaAllah kalau bergerak solo pun mungkin kita akan mendapat maklum balas positif daripada orang-orang di bawah. Tetapi akhirnya kita perlu akur juga dengan perancangan yang lebih besar yang dikemudikan oleh pimpinan teratas.

“Jadi atas dasar itu kita bersedia untuk mendepani apa juga kemungkinan dan yang pasti kita mahu menang dan kita mahu membentuk kerajaan dan kita mahu meneruskan apa juga agenda kerajaan yang telah dirancang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular