HomeUtamaBicara kes 'Geng Upik' bermula Jun

Bicara kes ‘Geng Upik’ bermula Jun

Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Perbicaraan bagi lima individu yang didakwa sebagai ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”, ditetapkan selama 18 hari bermula bulan hadapan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan tarikh perbicaraan pada 3 hingga 5 Jun, 11 hingga 13 Jun, 15 hingga 18 Julai, 7 hingga 10 Oktober dan 21 hingga 24 Oktober.

Lima tertuduh dalam kes ini ialah Datuk Maslan Sani, 41, Nelson Yen Yee Chung, 46, Zulkahar Dusing, 38, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45. Mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” dalam tempoh antara 2015 hingga 2023.

Tertuduh adalah Datuk Maslan Sani, 41, Zulkahar Dusing, 38, Nelson Yen Yee Chung, 46, Rahman Burijin, 44, dan Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 2015 hingga 2023.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memaklumkan kepada mahkamah bahawa seramai 36 saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Kelima-lima tertuduh merupakan antara 15 individu yang didakwa atas pertuduhan sama sebelum ini.

Bagaimanapun, 10 individu lain telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan iaitu membantu kumpulan jenayah terancang dalam menjalankan aktiviti ‘Geng Upik’ antara 15 Jun hingga 24 Disember 2023.

Tertuduh Mahathir Jibarail, 49, Manan Ungok @ Salleh, 52, Mohd Faridzul Asmahadi, 32 dan Mohd Fikrie Asme, 29, mengaku bersalah pada 18 Mac lalu.

Manakala enam lagi individu – Mohd Fauzie Rablin, 34, Fazrul Bahar, 43, Shahlan Shah Abdul Samad, 38, Mazlan Mahmud, 49, Alkan Abraham, 36, dan Norsyafilah Pawawoi, 28, mengaku bersalah pada 20 Mac.

Pertuduhan alternatif itu dibuat mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan dan ditawarkan oleh pihak pendakwaan selepas menerima surat representasi daripada mereka.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham, Lina Hanini Ismail, Siti Hajar Mat Radzi dan Nur Ainaa Ridzwan.

Maslan diwakili oleh peguam Hamid Ismail, Yen oleh Datuk Ram Singh, Zulkahar oleh Shahlan Jufri, Rahman oleh Jakariya Ab Jalil, manakala Jaisalfian diwakili Muhamad Amirul Amin.

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/18/akun-salah-empat-ahli-geng-upik-dipenjara-tiga-tahun/

LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2025/03/20/enam-individu-dipenjara-3-tahun-bantu-kumpulan-jenayah-terancang-geng-upik/

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular