Oleh J. Evachel John
KOTA KINABALU: Seorang tukang masak dari Sarawak menitiskan air mata kegembiraan selepas Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar dadah, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Celestina Stuel Galid melepas dan membebaskan Ling Seng Hee, 30, daripada kedua-dua pertuduhan tanpa memanggilnya membela diri.
Hakim memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Ling.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Ling didakwa mengedar masing-masing 174.01 gram ketamin dan 50.8 gram 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) di tepi jalan berhampiran Kampung Air di sini pada 12 Julai 2019.
Pihak pendakwaan telah memanggil tujuh orang saksi untuk memberi keterangan terhadap Ling.
Ling diwakili peguam lantikan, Abdul Fikry Jaafar Abdullah.