HomeUtamaKESUMA sasar 2 juta keanggotaan kesatuan sekerja menjelang akhir tahun

KESUMA sasar 2 juta keanggotaan kesatuan sekerja menjelang akhir tahun

Read Time:2 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyasarkan sebanyak dua juta keanggotaan kesatuan sekerja di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang lebih inklusif berkuat kuasa sejak September lalu membolehkan kesatuan sekerja ditubuhkan dengan minimum tujuh keahlian seterusnya membuka lebih banyak peluang pekerja untuk bergiat aktif dalam gerakan kesatuan.

“Sehingga 31 Disember 2024, seramai 1.03 juta pekerja telah menyertai kesatuan dan dengan pelaksanaan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) yang diperkasa tahun ini, kita yakin sasaran dua juta ahli menjelang hujung 2025 mampu dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan yang dibacakan oleh wakil beliau, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen, pada Majlis Penyerahan Bantuan PHEKS 2025, pada Isnin.

Pada majlis itu, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyempurnakan penyerahan bantuan 20 PHEKS kepada kesatuan sekerja di Sabah bagi kluster kajian, penulisan ilmiah, latihan dan pendidikan serta kluster pembelian peralatan komputer.

Selain itu, Tun Musa turut menerima Buku Kajian bertajuk “Kesedaran Berkesatuan Dan Persepsi Pekerja Terhadap Keberkesanan Peranan Kesatuan Sekerja Di Sabah Dan WP Labuan” daripada Kesatuan Kakitangan Petroliam Nasional Berhad (KAPENAS) WP Labuan,yang merupakan hasil bantuan PHEKS 2024 bagi kluster kajian pergerakan kesatuan sekerja.    

 Steven berkata, bagi tahun 2025 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan PHEKS dan jumlah tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah pelaksanaannya.

“Daripada jumlah itu, RM7.15 juta melibatkan 551 permohonan yang telah diluluskan termasuk 48 permohonan dari Zon Sabah bernilai RM500,500.

“Sementara itu, baki RM2.85 juta digunakan untuk pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan outreach, bertujuan memperluas kesedaran serta pendidikan berkenaan faedah kesatuan sekerja dalam kalangan pekerja terutamanya golongan muda,” katanya.

Menurut beliau, pentadbiran kesatuan yang efisien perlu dilengkapi tadbir urus yang baik dalam aspek pengurusan dan kewangan.

“Bagi tujuan itu, peruntukan Kluster Pembelian Perkakasan Komputer melibatkan 180 kelulusan berjumlah RM831,107 manakala Kluster Pendigitalan Rekod Kesatuan Sekerja melibatkan 22 kelulusan bernilai RM384,599.84.

“Inisiatif ini membantu pegawai kesatuan menyelenggara rekod secara digital dan memudahkan urusan permohonan serta kelulusan keanggotaan baharu,” jelasnya.

Berdasarkan sambutan menggalakkan terhadap program latihan, KESUMA turut meningkatkan siling peruntukan Kluster Latihan dan Pendidikan daripada RM20,000 kepada RM30,000 bagi setiap permohonan sebagai usaha melahirkan lebih ramai pemimpin pelapis kesatuan yang berwibawa serta berdaya saing.

Setakat ini, terdapat 762 kesatuan sekerja berdaftar di seluruh negara dengan 500 daripadanya dalam sektor swasta melibatkan 411,520 ahli dan hanya 240 kesatuan mempunyai Perjanjian Kolektif meliputi 67,644 pekerja.

Hadir sama,  Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah,  Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah,  Datuk Phoong Jin Zhe; Ketua Pengarah JHEKS,  Mohamad Asri  Abdul Wahab, dan Pengarah JHEKS Sabah, Noraini Ithnin. –

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular