HomeUtamaAuMas Perolehi  Injunksi Kedua Lindungi Operasi Pembaikan Tapak Simpanan Sisa Lombong

AuMas Perolehi  Injunksi Kedua Lindungi Operasi Pembaikan Tapak Simpanan Sisa Lombong

Read Time:1 Minute, 27 Second

TAWAU,  – Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Tawau hari ini membenarkan injunksi kedua kepada AuMas Resources Berhad bagi menghalang sebarang cubaan menggugat kerja-kerja pemulihan di fasiliti penyimpanan sisa perlombongan (Tailings Storage Facility – TSF) yang diuruskan oleh anak syarikatnya, Wullersdorf Resources Sdn Bhd.

Perintah injunksi itu melarang Datuk Lo Fui Ming dan syarikat Southsea Gold Sdn Bhd termasuk pengarah, pegawai, pekerja atau mana-mana pihak yang bertindak bagi pihak mereka daripada menghalang atau mengganggu kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian sistem saliran di sekeliling tapak TSF berkenaan.

Permohonan injunksi ini dibuat susulan insiden pada 17 Mei lalu apabila Datuk Lo Fui Ming, selaku Pengarah Southsea Gold, bersama beberapa kakitangan syarikat tersebut didakwa menceroboh kawasan TSF dengan membawa masuk jentera berat, menyekat saluran air dan membina terusan baharu yang mengubah aliran air ke dalam tapak berkenaan.

Tindakan itu telah menjejaskan integriti struktur TSF yang penting bagi operasi perlombongan dan pemprosesan emas syarikat kata Syarikat Perlombongan emas itu di dalam satu kenyataan disini , hari ini.

Tambah Syarikat itu lagi, Meskipun AuMas bertindak segera menjalankan kerja-kerja kecemasan untuk membaiki dan menstabilkan benteng TSF, usaha tersebut telah disabotaj dan dibatalkan oleh pihak terbabit, sekali gus menghalang kerja-kerja pemulihan lanjut.

Perbuatan ini juga melanggar arahan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), yang telah dimaklumkan mengenai gangguan tersebut.

Dengan kelulusan injunksi kedua ini, AuMas kini diberi kuasa undang-undang untuk meneruskan kerja-kerja pembaikan dan keselamatan di tapak TSF tanpa halangan. Semua aktiviti pemulihan ini dijalankan mengikut panduan JMG dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (EPD).

Lembaga Pengarah AuMas dalam kenyataannya menegaskan komitmen syarikat untuk mematuhi standard tertinggi dari segi pematuhan alam sekitar, keselamatan dan integriti operasi.

Langkah-langkah undang-undang akan terus diambil bagi melindungi aset dan kelangsungan operasi perlombongan syarikat katanya

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular