HomeUtamaKeselamatan di pantai timur Sabah berada pada tahap tertinggi

Keselamatan di pantai timur Sabah berada pada tahap tertinggi

Read Time:1 Minute, 15 Second

Kota Kinabalu: Tahap keselamatan di negeri ini khususnya di Pantai Timur Sabah dijamin berada pada tahap tertinggi tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku selama beberapa tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini pada Selasa.

Dalam pertemuan itu, Hajiji juga berasa gembira mendengar bahawa negeri Sabah terus menjadi destinasi penting bagi pelawat Perancis, menjadikannya yang ketiga bagi ketibaan pelawat Eropah ke Sabah, selepas United Kingdom dan Jerman.

Ketibaan pelawat Perancis pada suku pertama tahun ini mencatatkan peningkatan sebanyak 26.8 peratus kepada 2,116 orang berbanding 1,669 untuk tempoh yang sama pada tahun lalu, dan jumlah ini terus meningkat.

Hajiji yakin promosi yang berterusan dengan lebih proaktif dan agresif sudah pasti akan membantu dalam peningkatan kehadiran pelawat Perancis ke Sabah.

Eldeen Husaini yang berasal dari Kuala Lumpur dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis pada April 2024. 

Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan penting termasuk sebagai Duta Besar Malaysia ke Kemboja.

Hajiji dan Eldeen mengadakan perbincangan mengenai pelbagai peluang kerjasama strategik antara Sabah dan Perancis, termasuk dalam bidang pelancongan yang akan membawa manfaat bersama kepada rakyat negeri ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Joniston Bangkuai yang juga Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit, Pengarah Promosi Antarabangsa (Amerika, Eropah, Oceania), Tourism Malaysia, Akbal Setia dan Pengarah Tourism Malaysia Paris,  Zalina Ahmad. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki terlepas hukuman mati, digantikan dengan penjara seumur hidup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular