HomePolitikShahelmey akui keahlian UMNO masih digantung, tiada surat rasmi diterima

Shahelmey akui keahlian UMNO masih digantung, tiada surat rasmi diterima

Read Time:59 Second

Oleh Normimie Diun

PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya, mengesahkan beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung penggantungan keahliannya dalam UMNO, meskipun Presiden parti telah menyatakan status tersebut sebelum ini.

“Ya, saya belum (menerima surat rasmi). Seperti yang saya nyatakan selama ini, saya tidak pernah menerima surat penggantungan keahlian UMNO,” katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban sempena Hari Raya Aidiladha Parlimen Putatan di sini, hari ini.

Menurut Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, semasa lawatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Sabah baru-baru ini, beliau secara terbuka menyatakan bahawa keahlian beliau digantung, dan kenyataan itu diterima dengan terbuka.

“Itu kenyataan daripada Presiden. Siapa lagi yang mahu menyanggah kenyataan daripada Presiden? Jadi saya terima kenyataan tersebut,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Tanjung Keramat itu turut memaklumkan bahawa UMNO Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang surat rasmi berhubung perkara itu.

“Tidak pernah ada surat-menyurat dikeluarkan. Cuma kenyataan-kenyataan yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan belum mengadakan sebarang pertemuan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

“Tidak ada,” jawabnya ringkas ketika ditanya mengenai perkara itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga lelaki dicekup, polis Penampang rampas 78,500ml air ketum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular