HomeUtamaLebih 9,000 pelajar Sabah terima manfaat TPNS sejak ditubuhkan

Lebih 9,000 pelajar Sabah terima manfaat TPNS sejak ditubuhkan

Read Time:1 Minute, 43 Second

Keningau : Seramai 98 orang pelajar melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) dari pelbagai daerah menerima bantuan pendidikan yang disalurkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS).

Majlis penyerahan bantuan itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif bagi mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitngan di Auditorium Perpustakaan Negeri Sabah cawangan Keningau.

Selain penyerahan bantuan, turut diadakan penyerahan sekolah angkat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Banjar Keningau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bingkor kepada TPNS sebagai satu langkah strategik memperkukuh jaringan kerjasama antara sektor kerajaan, pendidikan, dan komuniti.

Dalam usaha ini, fokus bukan sahaja diberi kepada penyampaian bantuan, tetapi juga kepada pembinaan struktur sokongan jangka panjang demi kesejahteraan pelajar.

Turut diadakan penyampaian pelajar cemerlang daerah Keningau seramai empat orang, penyerahan bantuan Program Sahabat Bahasa : Memperkasa Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris kepada empat buah Institusi Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Antara yang menerima, IPGM Kampus Kent, IPGM Kampus Keningau, IPGM Tawau dan IPGM Gaya, Kota Kinabalu, penyerahan bantuan tangki air kepada IPGM Kampus Keningau, Penyerahan bantuan PIBG Sabah (BAGUS) dan Penyerahan Sumbangan Kegiatan Sekolah Sabah (SUKSES) kepada Pejabat Pendidikan daerah Keningau dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) daerah Keningau.

Bantuan peranti mudah alih (tablet komputer)turut diberikan kepada Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) cawangan iaitu PNS Keningau, PNS Kunak, PNS Membakut, PNS Tuaran, PNS Semporna, PNS Sandakan, PNS Tawau, PNS Beaufort, PNS Ranau dan PNS Kota Marudu.

Terdahulu, Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) memaklumkan, seramai lebih 9,000 pelajar di negeri ini berjaya menerima manfaat daripada bantuan pendidikan yang disalurkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) sejak diperkenalkan melibatkan peruntukan melebihi RM13 juta.

Menurut KYS, usaha itu adalah sebagai langkah proaktif dalam membantu meringkankan bebanan kewangan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, penyaluran bantuan itu juga merupakan satu usaha yang mencerminkan kerajaan untuk menjadikan pendidikan sebagai hak yang harus dinikmati semua, bukan keistimewaan yang dimiliki segelintir.

Menurut kenyataan itu lagi, bantuan yang disalurkan itu juga adalah komitmen bahawa setiap anak Sabah layak diberi peluang untuk maju, tanpa dihalang oleh batasan ekonomi. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular