HomeUtamaKemahiran digital, AI lonjak peranan masjid dekati generasi muda

Kemahiran digital, AI lonjak peranan masjid dekati generasi muda

Read Time:59 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Jawatankuasa masjid perlu terus diperkasa dengan kemahiran digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi mendekati generasi muda yang kini dilihat lebih celik teknologi.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, inisiatif itu juga mampu menjadikan masjid sebagai pusat bimbingan rohani kepada generasi muda.

“Generasi digital hari ini pantas menerima maklumat. Masjid harus bijak menyesuaikan diri dengan perkembangan ini supaya terus relevan sebagai institusi pendidikan dan pembimbing.

“Masjid juga perlu bekerjasama dengan sekolah dalam membentuk sahsiah dan disiplin pelajar. Bimbingan masjid ada nilai yang berbeza, lebih rohani dan mendalam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru di sini pada Sabtu.

Arif turut berharap agar lebih banyak program bersifat pembangunan sahsiah dan bimbingan agama akan digerakkan melalui masjid, termasuk ceramah dan aktiviti khas bagi menangani isu sosial seperti buli dalam kalangan remaja.

“Kita perlu kembali kepada Al-Quran dan hadis. Masjid bukan sekadar tempat ibadah, tetapi pusat membentuk generasi unggul,” katanya.

Terdahulu,  sebanyak 11 ekor lembu termasuk kambing turut disembelih untuk diagihkan kepada kariah masjid termasuk penduduk setempat yang memerlukan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Dua warga asing cuba lari dari polis ditahan positif dadah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular