HomeUtamaDBKK,HASIL laksana program PCTA 2025 di lokasi strategik sekitar Kota Kinabalu

DBKK,HASIL laksana program PCTA 2025 di lokasi strategik sekitar Kota Kinabalu

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASIL) telah melaksanakan Program Lawatan Verifikasi Pembayar Cukai Tidak Aktif (PCTA) 2025 di sini baru-baru ini.

Program yang diadakan selama empat hari berakhir 29 Mei lalu itu turut melibatkan lokasi-lokasi strategik seperti Anjung Kinabalu, Anjung Senja dan Pasar Malam SAFMA, dengan DBKK bertindak sebagai penyelaras kawasan.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan, objektif utama adalah untuk mengemas kini data pembayar cukai yang tidak aktif serta mengukuhkan tadbir urus kewangan.

“Sebagaimana amalan biasa dalam program-program bersepadu dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, DBKK sebagai pentadbir Bandaraya Kota Kinabalu akan sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada pelbagai agensi dalam operasi mereka,” menurut kenyataan itu di sini.

Dalam pada itu, DBKK memaklumkan, kerjasama strategik itu bukanlah perkara baharu dalam mana-mana operasi yang dilancarkan.

Kerjasama sedemikian mencerminkan komitmen berterusan DBKK dan semua pihak agensi dalam memperkukuh tadbir urus, mempertingkat pengurusan data, dan menyokong sistem penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, telus dan responsif.

DBKK juga sentiasa terbuka kepada sebarang pertanyaan atau maklum balas membina daripada masyarakat, dan amat menggalakkan kerjasama berterusan antara agensi kerajaan dan komuniti dalam usaha menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandar raya yang lestari. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

Dua cedera melecur dalam kebakaran lori bawa tong gas di Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular