HomeUtamaProjek MPD bantu Kerajaan rancang perkhidmatan awam, privasi dijaga

Projek MPD bantu Kerajaan rancang perkhidmatan awam, privasi dijaga

Read Time:1 Minute, 39 Second

Kuala Lumpur : Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melaksanakan Projek ‘Mobile Phone Data’ (MPD) bagi merancang perkhidmatan awam dengan lebih cekap tanpa mendedahkan maklumat peribadi rakyat.

Projek ini menggunakan data lokasi dari telefon bimbit yang telah dianonimkan (tanpa nama, nombor atau identiti) bagi mengenal pasti pola pergerakan secara umum seperti laluan harian, kawasan sesak atau tumpuan pelancong, serta lokasi berisiko ketika bencana.

“Sebagai contoh, jika ramai pengguna dari Rawang ke Kuala Lumpur setiap pagi, data ini boleh membantu Kerajaan menambah bas ekspres atau naik taraf jalan raya utama,” menurut satu kenyatan di sini pada Rabu.

Antara salah faham yang tersebar ialah dakwaan kerajaan boleh menjejak pergerakan individu. Hakikatnya, MPD tidak mengambil data peribadi. Apa yang direkodkan hanyalah jumlah peranti yang bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain  tanpa sebarang identiti.

Mengambil contoh, sistem ini hanya tahu sebanyak 5,000 peranti bergerak dari Seremban ke Nilai namun tidak tahu siapa mereka.

Selain itu, data MPD hanya boleh diakses oleh pegawai terlatih di MCMC dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan ia tidak dikongsi dengan pihak luar atau syarikat swasta, dan dipadam selepas digunakan mengikut protokol keselamatan.

MPD dilaksanakan mengikut piawaian ITU (Pertubuhan Telekomunikasi Dunia), GSMA dan Dasar Keselamatan ICT Negara, dimana semua data diproses oleh syarikat telekomunikasi menggunakan skrip khas MCMC.

Data asal kekal selamat, dan MCMC hanya terima data yang telah diproses secara anonim dan agregat.

Sementara itu, sistem ini bukanlah yang pertama dilaksanakan di Malaysia untuk perancangan awam tetapi negara-negara seperti Sepanyol menggunakannya untuk menangani COVID-19, manakala Perancis dan Indonesia telah lama memanfaatkan teknologi ini untuk pengangkutan dan pelancongan.

Kerajaan menyeru orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan laporan mengelirukan dari media luar.

Projek MPD bukan alat pemantauan atau pengintipan, sebaliknya membantu kerajaan merancang kemudahan awam lebih baik, cepat dan responsif terhadap keperluan rakyat.

Dengan MPD, kerajaan dapat membuat keputusan berdasarkan data sebenar, bukan andaian, sama seperti bancian atau statistik lalu lintas, MPD membantu kerajaan memberi perkhidmatan yang lebih baik  tanpa kompromi terhadap privasi rakyat. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Program “Selangkah Ke Menara Gading 2025 & SMJ Dron 2025” buka...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular