HomeUtamaSabah dilanda cuaca buruk pagi ini

Sabah dilanda cuaca buruk pagi ini

Read Time:49 Second

Kota Kinabalu : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di Sabah sehingga jam 10 pagi hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Pedalaman; Pantai Barat dan Kudat termasuk Labuan.

“Cuaca itu dijangka berlaku di kawasan Pedalaman melibatkan Kuala Penyu dan Beaufort selain Pantai Barat yang melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud.

“Turut mengalami cuaca sama adalah di Kudat dan Labuan sehingga jam 10 pagi pada Rabu,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Selain Sabah, beberapa kawasan di Sarawak turut mengalami turut sama Sri Aman (Lubok Antu), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis dan Miri) dan Limbang (Limbang).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bomoh bebas daripada tuduhan rogol pelajar universiti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular