HomeUtamaGRS sedia putuskan hala tuju PRN Sabah, hormati keengganan BN untuk bekerjasama

GRS sedia putuskan hala tuju PRN Sabah, hormati keengganan BN untuk bekerjasama

Read Time:1 Minute, 1 Second

PITAS: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil maklum pendirian Barisan Nasional (BN) Sabah yang enggan bekerjasama menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17), namun belum memuktamadkan hala tuju gabungan itu.

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan rasmi hanya akan dibuat selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi yang dijadualkan berlangsung bulan ini atau awal bulan depan.

Katanya, meskipun Presiden GRS telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti komponen dan rakan sekutu termasuk Pakatan Harapan (PH), keputusan hanya akan diputuskan selepas semua pandangan diambil kira.

“Kita belum buat keputusan muktamad kerana belum mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi. Tapi saya percaya presiden telah bertemu semua presiden parti komponen, termasuk kepimpinan PH secara tidak rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program CSR Pendidikan SMJ Energy di SMK Kanibongan, di sini, pada Selasa.

Masidi berkata, Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berulang kali menyatakan hasrat untuk meneruskan kerjasama GRS-PH bagi menghadapi PRN17.

Katanya, pendekatan itu penting bagi menjamin kestabilan politik dan pembangunan ekonomi Sabah, sepertimana kejayaan yang dikecapi Sarawak.

Menjawab soalan kemungkinan GRS bergerak solo sekiranya BN dan PH bergabung, Masidi menyifatkan situasi itu kompleks memandangkan BN Sabah sudah beberapa kali menolak kerjasama dengan GRS, manakala GRS pula lebih selesa bekerjasama dengan PH.

RELATED ARTICLES
Utama

Bomoh bebas daripada tuduhan rogol pelajar universiti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular