HomeUtamaKPDN pertimbang pindaan had penggunaan LPG bersubsidi untuk peniaga mikro & kecil

KPDN pertimbang pindaan had penggunaan LPG bersubsidi untuk peniaga mikro & kecil

Read Time:1 Minute, 14 Second

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti cadangan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi mengatasi sekatan had penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) bersubsidi dalam sektor perdagangan dan perniagaan.

Pindaan ini secara khusus akan mempertimbangkan keperluan LPG bersubsidi untuk peniaga makanan dan minuman berskala mikro dan kecil.

Armizan

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, hari ini mempengerusikan Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan kepada peruntukan tersebut. Pertemuan ini bertujuan mendapatkan pelbagai syor dan pandangan daripada pihak berkepentingan.

Menurut Armizan, sesi libat urus tersebut telah menerima pelbagai cadangan.

Beliau telah meminta semua persatuan yang terlibat untuk mendapatkan pandangan ahli masing-masing dan mengemukakan memorandum cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal Semakan Pindaan, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN.

“Sebagaimana kelulusan Kabinet pada 5 Jun 2025 terhadap syor KPDN, Kerajaan bersetuju untuk meminda peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan yang diwartakan pada tahun 2021 tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menekankan bahawa perincian terhadap beberapa perkara perlu ditetapkan bagi memastikan adanya kejelasan undang-undang.

Antara perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam pindaan ini termasuklah parameter berkaitan pendefinisian peringkat perniagaan jualan makanan dan minuman yang terlibat.

Selain itu, aspek-aspek seperti status pemilikan perniagaan, jumlah keperluan, mekanisme kawalan dan pelaporan, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan, serta strategi menyeluruh untuk mengekang ketirisan juga akan diteliti.

Sesi libat urus ini dihadiri oleh 10 persatuan berkaitan, serta turut dihadiri oleh Cha Kee Chin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian merangkap Ahli Parlimen Rasah.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 2,800 peserta sertai perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran TYT Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular