Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, di Sri Gaya di sini, pada Khamis.
Rombongan menteri itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Dato’ Sri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.
Dalam kunjungan hormat itu, Hajiji turut dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 2 Tahun 2025 yang berlangsung pada hari ini.
Selain itu, pelbagai isu-isu kesihatan di negeri ini turut dibincangkan bersama termasuk berkaitan fasiliti dan perkhidmatan kesihatan serta lawatan yang akan dibuat oleh Menteri Kesihatan d Hospital Queen Elizabeth 2 petang ini dan Hospital Papar, esok. – SABAH MEDIA