Oleh Erdie Ab Wahid
Kota Kinabalu : Tiga kategori anugerah disampaikan kepada pegawai dan kakitangan cemerlang dibawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah di sini pada Jumaat.
Penyampaian anugerah sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 KSTI itu disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.
Hadir sama Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Harun Durabi dan Setiausaha Tetap (SUT) KSTI Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.
Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Khas SUT; Anugerah Khas YB Menteri dan APC.
Mohd Hanafiah ketika ditemui berkata, anugerah yang disampaikan kepada pegawai atau kakitangan itu merupakan inisiatif kerajaan bagi menghargai serta ikhtiraf penjawat awam yang menunjukkan prestasi dan perkhidmatan cemerlang.

“Meskipun jumlah pegawai dan kakitangan yang agak terhad namun mereka dapat menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan baik.
“Mengikut dasar yang sedia ada, pemberian hanya terhad kepada 3 peratys dari jumlah keseluruhan yang berada di sesuatu kementerian ataupun jabatan.
“Oleh itu pihak KSTI memperkenalkan KSTI memperkenalkan Anugerah Khas SUT dan Menteri agar lebih ramai pegawai dan kakitangan dapat diberikan penghargaan atas usaha yang telah diberikan” katanya.
Seramai tiga orang kakitangan diberikan APC manakala bagi Anugerah Khas SUT dan Menteri dianugerahkan kepada 20 orang kakitangan yang terpilih. – SABAH MEDIA