HomeUtamaMUIS serah sumbangan kepada Masjid Al-Falah

MUIS serah sumbangan kepada Masjid Al-Falah

Read Time:29 Second

Kota Kinabalu: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menyerahkan sumbangan sebanyak RM15,000 kepada Masjid Al-Falah Kepayan di sini pada Jumaat.

Sumbangan tersebut disampaikan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman selepas Solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah yang diimamkan oleh Pegawai MUIS, Fikri Putung.

Sejurus selepas menunaikan solat, Tun Musa turut merasmikan Bilik Al-Aman yang berfungsi sebagai ruang rehat tetamu kenamaan di masjid tersebut.

Mengiringi Tun Musa ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Datuk Jumain Abdul Ghani.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular