HomeUtama300 kanak-kanak istimewa dirai pada majlis jamuan teh

300 kanak-kanak istimewa dirai pada majlis jamuan teh

Read Time:1 Minute, 50 Second

Kota Kinabalu : Seramai 300 kanak-kanak istimewa dan anak yatim diraikan dalam Majlis Jamuan Teh sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di sini pada Sabtu.

Majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu turut dihadiri isteri beliau, Toh Puan Faridah Tussin.

Pada majlis berkenaan, Tun Musa menyampaikan sumbangan kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah berjumlah RM2,000 setiap satu kepada 10 institusi kebajikan. 

Penerima sumbangan terdiri daripada Persatuan Autisme Sabah, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Lok Kawi, PPDK Penampang, PPDK Papar, serta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Datuk Peter Mojuntin, PPKI SMK Kolombong dan PPKI SMK Taman Tun Fuad.

Selain itu, Tun Musa turut menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Pusat Jagaan Jireh Home Tuaran dan Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort.

Acara turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik termasuk Tarian Rampai Etnik Borneo oleh murid-murid PPKI SMK Taman Tun Fuad, persembahan nyanyian oleh Johan Nyanyian Solo PPKI Daerah Kota Kinabalu, Gaeshierronna Elulu Jaffri, dan Johan Big Sabah Voice, Muhlis Husrev Ozkan.

Persembahan Koir Bahasa Isyarat dari Kelas Pendidikan Khas Pendengaran SMK Datuk Peter Mojuntin Penampang dan persembahan muzik bambu oleh kumpulan Lingga Bamboo Sound dari SK Lingga Baru Tuaran turut memukau hadirin.

Upacara memotong kek telah disempurnakan oleh Tun Musa Aman, diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam bersama isteri beliau, Datin Seri Linda Ewit.

Pada majlis yang sama, Puspanita dan Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS) turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak istimewa dan anak yatim oleh Toh Puan Faridah serta isteri Ketua Menteri merangkap Yang Dipertua MUTIARA-GRS Datin Seri Juliah Salag.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata khas berupa lukisan bertajuk ‘Kota Jesselton Merentas Masa’ hasil karya Orang Kurang Upaya (OKU) Pendengaran dan Pertuturan, Rosemary Yvonne Marcus, yang disampaikan oleh Pengarah JPKA Sabah, Jais Asri.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk James Ratib dan isteri Datin Noriah Pengiran Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan isteri Datin Seri Dr Nuinda Alias, Pembantu Menteri KKTP, Datuk Isnin Aliasnih serta Pembantu Menteri KPMKR Datuk Flovia Ng.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular