HomeUtamaUMS, JANS kerjasama atasi masalah bekalan air

UMS, JANS kerjasama atasi masalah bekalan air

Read Time:1 Minute, 7 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Beberapa tindakan segera telah diambil bagi memastikan bekalan air di kampus utama Universiti Malaysia Sabah (UMS) kekal stabil.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, tindakan itu termasuklah mengadakan kerjasama erat antara pihak universiti dan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).

“Saya dimaklumkan, JANS, menteri sendiri, Datuk Shahelmey telah bermesyuarat dengan pengurusan UMS sebelum ini dan Datuk Naib Canselor hadir sekali. 

“Beberapa tindakan segera telah dikenal pasti. Namun yang paling utama adalah memastikan aliran air ke UMS kekal stabil kerana itu akar kepada permasalahan sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan kejohanan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini, pada Sabtu.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, beliau mahu pihak universiti memantau dan menangani segera sebarang kerosakan dalaman yang mungkin berlaku di peringkat kampus, selari dengan usaha JANS di peringkat luaran.

“Kalau bekalan air stabil, kita tidak ada masalah. Namun kita mahu supaya mesyuarat berkala antara UMS dan JANS diadakan bagi memastikan penyelarasan dan tindakan susulan dapat dilaksanakan dengan cepat,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa isu ini wajar diselesaikan melalui saluran dalaman dan profesional, bukan melalui media.

“Kita mahu selesaikan dalam bilik mesyuarat, bukan di media,” katanya.

Beliau turut menyeru agar semua pihak terlibat terus bekerjasama dalam mencari penyelesaian yang tuntas demi kesejahteraan warga kampus. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular