HomeUtamaFokus pendidikan, pelancongan di Kuala Penyu seiring aspirasi SMJ - Mohd Arifin

Fokus pendidikan, pelancongan di Kuala Penyu seiring aspirasi SMJ – Mohd Arifin

Read Time:1 Minute, 18 Second

Kuala Penyu:  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury diyakini mampu mempertahankan dan menyumbang satu kerusi penting kepada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Keyakinan itu disuarakan oleh Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, ketika merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Kuala Penyu di Dewan Dato’ Shahbandar Makang, di sini pada Ahad.

“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Bahagian serta seluruh pimpinan Gagasan Rakyat Kuala Penyu yang berjaya menganjurkan mesyuarat tahunan ini dengan begitu teratur. 

“Ini merupakan kali ketiga saya dijemput merasmikan mesyuarat ini dan saya lihat sambutannya semakin meriah setiap tahun,” katanya.

Arifin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah berkata, kepimpinan Limus yang berteraskan pembangunan modal insan amat seiring dengan aspirasi dan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) yang digagaskan Ketua Menteri Sabah.

“Beliau memberikan tumpuan besar kepada pendidikan anak-anak dan ini jelas menyokong agenda pembangunan modal insan yang menjadi teras utama dalam Sabah Maju Jaya. 

“Saya yakin, dengan kepimpinan beliau, satu kerusi akan berjaya disumbangkan kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui Gagasan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Limus ketika ditemui berkata, beberapa projek besar terutama Resort Club Med dijangka siap selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Pembangunan yang begitu besar iaitu Resort Club Med yang berada di Kuala Penyua akan siap kalau tidak penghujung tahun ini, tahun depan,” katanya.

Tambah Limus banyak lagi pembangunan lain akan dibawa untuk membangunkan daerah Kuala Penyu sekali gus menjadikan daerah tersebut  sebagai daerah pelancongan seiring dengan pembangunan di daerah-daerah yang lain. 

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular