HomeUtamaDua Lelaki ditahan dalam Ops Tapis di Kampung Silam, Lahad Datu

Dua Lelaki ditahan dalam Ops Tapis di Kampung Silam, Lahad Datu

Read Time:1 Minute, 3 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Dua lelaki ditahan dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menerusi Ops Tapis di Kampung Silam, Jalan Silam, di sini hari ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau, serbuan pertama dijalankan kira-kira jam 9.50 pagi, membabitkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun di sebuah bilik rumah tidak bernombor.

“Hasil pemeriksaan ke atas beg silang milik suspek menemukan 0.17 gram dadah disyaki syabu. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Selain itu, suspek juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan dadah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Serbuan kedua pula dilakukan sekitar jam 10.20 pagi di sebuah rumah berhampiran, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki warga Filipina berusia 30 tahun.

“Pemeriksaan lanjut menemukan 0.15 gram dadah disyaki syabu dan hasil ujian saringan awal turut menunjukkan suspek positif Methamphetamine,” tambahnya.

Kedua-dua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Permohonan reman sedang diuruskan bagi membantu siasatan lanjut.

Tegas beliau lagi, polis akan terus mempergiatkan operasi seumpama ini dalam usaha mengekang kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah Lahad Datu.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular