HomeUtamaGRS platform terbaik terajui Sabah - Dr Yusof

GRS platform terbaik terajui Sabah – Dr Yusof

Read Time:1 Minute, 16 Second

Sindumin : Rakyat Sabah diseru agar menggunakan platform Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai landasan utama untuk menentukan hala tuju politik negeri ini tanpa terlalu bergantung kepada pihak luar.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata demikian ketika menggulung perbahasan pada Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Sindumin  di sini pada Rabu.

“Kita mahu orang Sabah menggunakan landasan GRS untuk mendominasi Sabah. Gunakan kekuatan dalaman kita. Kita tidak boleh bergantung dengan orang luar,” katanya.

Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden Gagasan Rakyat Datuk Rubin Balang.

Dr Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin turut menyentuh soal kerjasama politik, namun menegaskan bahawa sebarang kerjasama mestilah dilakukan atas dasar saling menghormati. 

“Ini merujuk kepada tindakan beberapa parti luar yang telah mengumumkan kerusi akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah lebih awal tanpa rundingan.

“Kita boleh kerjasama, tapi mereka mesti hormat kita. Tapi sekarang mereka sudah umum kerusi akan ditandingi  pada Pilihan Raya Negeri nanti, rakyat Sabah perlu faham perkara ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Dr Yusof menyatakan kesediaan GRS untuk bertanding secara solo pada pilihan raya akan datang, selaras dengan seruan yang dibuat oleh kepimpinan gabungan itu.

 “Kita sahut seruan tanding solo. Tapi yang penting, kita perlu ada kekuatan dalaman. Kita kena kerja kuat dan ada azam yang tinggi,” katanya.

Beliau juga meluahkan keyakinan bahawa GRS adalah gabungan terbaik untuk terus menerajui pentadbiran negeri Sabah.

 “Saya yakin GRS akan terus memerintah Sabah. Kita hanya perlu terus bekerja keras dan memperkukuhkan perpaduan,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

578 ladang di Sabah terima pensijilan myGAP, 34 ladang terima pensijilan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular