Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.
Mesyuarat yang bermula jam 3 petang itu membincangkan pelbagai perkara termasuk kesiapsiagaan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang, serta memperkukuh gerak kerja organisasi di semua peringkat.
Hadir sama, Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden, Datuk Dr Mohd.Arifin Mohd.Arif, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Bendahari, Dato Sri Ghulamhaidar Khan Bahadar, Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Ketua-ketua Sayap dan barisan kepimpinan tertinggi part itu.
Sementara itu, Hajiji turut meluangkan masa minum petang bersama Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat di foyer Dewan Kinabalu, SICC.