HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan bot nelayan asing Vietnam bersama enam individu

Maritim Malaysia tahan bot nelayan asing Vietnam bersama enam individu

Read Time:1 Minute, 17 Second

Kudat : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan enam individu serta sebuah bot dipercayai Vesel Bot Nelayan Asing Vietnam (VNAV) di lokasi sekitar 13 batu nautika timur laut Pulau Tigabu, Pitas, kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, pencerobohan masuk Vesel Nelayan Asing terbabit berjaya dikesan hasil daripada maklumat orang awam yang diterima pihaknya.

“Sejurus menerima maklumat berkenaan, bot ronda CENDERAWASIH  10  yang pada ketika itu sedang menjalankan rutin rondaan segera diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemantauan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasbullah berkata, vesel suspek berjaya dikesan lebih kurang jam 5.50 pagi, dan semasa cuba dihampiri, bot suspek cuba untuk melarikan diri namun berjaya dihentikan anggota operasi dan seterusnya membuat pemeriksaan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati, terdapat enam individu warganegara Vietnam berusia lingkungan 27 hingga 44 tahun yang mengendalikan bot berkenaan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit juga telah menemui alat menangkap Balat yang diperbuat daripada besi serta lebih kurang 300 liter minyak diesel.

“Kesemua suspek bersama bot seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut dengan anggaran nilai keseluruhan yang dirampas hampir RM2 juta. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/63,” katanya.

Menurutnya lagi, Zon Maritim Kudat menyeru kepada masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat untuk sama-sama membantu Maritim Malaysia dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tindakan sembunyi pelbagai jenis senjata di kawasan rumah gagal, lelaki dicekup...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular