HomeIsu tempatanUMS terima pengiktirafan global di WUACD Summit 2025

UMS terima pengiktirafan global di WUACD Summit 2025

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima pengiktirafan global apabila dianugerahkan Anugerah Program Mobiliti sempena World University Association for Community Development (WUACD) Summit 2025 baru-baru ini di Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia.

UMS dalam satu kenyataan memaklumkan, penganugerahan tersebut adalah sebagai pengiktirafan terhadap penglibatan aktif UMS melalui IPB khususnya berkaitan bidang pembangunan masyarakat bersama Universitas Airlangga yang merupakan Sekretariat WUACD sepanjang tahun 2024. 

“Sejak menjadi ahli WUACD pada tahun 2022, UMS telah giat melaksanakan program mobiliti yang memberi fokus kepada Pembangunan Masyarakat bersama Universitas Airlangga.

“Antaranya adalah UMS-Airlangga University Joint Community Programme 2024, sesi lawatan fasiliti, aktiviti bersama komuniti Darau Wetland Eco-Tourism, Kampung Darau, Menggatal, dan aktiviti bersama komuniti Bombon Kg. Marakau, Ranau.

“Dengan pengiktirafan ini, UMS akan terus komited untuk meneruskan pelaksanaan program bersama ahli-ahli WUACD dalam memartabatkan Pembangunan kepada Masyarakat berterusan,” menurut kenyataan itu di sini.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Presiden WUACD, Prof. Dr. Mohammad Nasih yang juga merupakan Rektor Universitas Airlangga kepada Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UMS merangkap Pengarah Pusat Kolaborasi dan Libatsama Industri UMS, Prof. Dr. ChM. Ts. Coswald Stephen Sipaut @ Mohd Nasri yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk. Dr. Kasim Mansor.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Mahasiswa UMS terapkan inovasi dan kelestarian alam dengan pelajar sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular