HomeUtamaKumpulan terakhir jemaah haji Sabah selamat tiba di KKIA

Kumpulan terakhir jemaah haji Sabah selamat tiba di KKIA

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Seramai 142 jemaah haji dari negeri ini menjadi kumpulan terakhir yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini malam tadi.

Ketibaan jemaah haji kira-kira jam 7.50 malam tadi menggunakan pesawat khas KT065s disambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Hadir sama menyambut ketibaan jemaah Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said.

Ketibaan kumpulan terakhir jemaah haji itu menandakan berakhir keseluruhan operasi penghantaran jemaah ke tanah suci bagi musim haji 1446H/2025 melibatkan enam penerbangan.

Arifin ketika ditemui merakamkan penghargaan kepada Tabung Haji (TH) atas kerjasama dan pengurusan teratur bagi memastikan jemaah haji menunaikan haji dengan keadaan selesa.

“Bagi pihak Kerajaan negeri, kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada menteri agama, pihak pengurusan tertinggi di TH kerana memberi kerjasama dan menolong membantu jemaah haji dari Sabah sehingga mereka dapat kembali dalam keadaan selesa,” katanya.

Seramai lebih 900 jemaah haji dari negeri ini telah menunaikan rukun Islam kelima bagi musim haji kali ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Yong Gesa Kerajaan Sabah Gantikan Jabatan Air Dengan Badan Berkanun Baharu...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular