HomeUtamaPengurus Kanan Syarikat GLC direman 4 hari berhubung rasuah

Pengurus Kanan Syarikat GLC direman 4 hari berhubung rasuah

Read Time:58 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang pengurus kanan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang ditahan berhubung kes rasuah direman selama empat hari.

Majistret Dzul Elmy Yunus membenarkan perintah reman sehingga 7 Julai terhadap suspek berusia 53 tahun terbabit di Mahkamah Majistret hari ini.

Terdahulu dalam prosiding yang dibuat secara tertutup pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon tujuh hari reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun suspek, seorang lelaki, yang tidak diwakili peguam meminta tempoh reman dipendekkan.

Kelmarin, media melaporkan SPRM telah menahan suspek kira-kira jam 4 petang berhubung kes rasuah melibatkan RM16,000.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM Sabah, suspek disyaki meminta dan menerima rasuah tersebut sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja di bawah syarikatnya bekerja.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2024 dan menerima wang rasuah bernilai kira-kira RM16,000.

Suspek dipercayai telah menerima suapan secara transaksi pindahan ke akaun bank miliknya secara berperingkat sebagai balasan untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih di bawah GLC tersebut di sekitar negeri Sabah.

LINK BERITA TERDAHULU: https://sabahmedia.com/2025/07/02/pengurus-kanan-syarikat-glc-ditahan-berhubung-rasuah/

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah perkukuh akses pendidikan berkualiti, lebih 100 pelajar cemerlang diraikan esok

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular