HomeUtamaVideo Parodi Isu 40% Sabah Tular, Cerminkan Sentimen Awam

Video Parodi Isu 40% Sabah Tular, Cerminkan Sentimen Awam

Read Time:1 Minute, 19 Second

kota kinabalu – — Beberapa versi video lagu parodi berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah dilaporkan mula tular di pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari lalu.

Kandungan parodi tersebut dilihat menyentuh perkembangan terkini berhubung isu berkenaan, termasuk proses perundangan dan rundingan yang masih berjalan antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Antara bait lirik yang menjadi perhatian termasuk sindiran terhadap kelewatan pelaksanaan keputusan mahkamah, dengan ungkapan seperti “Mahkamah sudah bagi keputusan, siap dengan tarif pelaksanaan” serta “Undang-undang pun sudah bersuara, tapi kuasa lain kata tunggu dulu”.

Lirik lain turut menggambarkan persepsi terhadap proses rayuan dan lanjutan tempoh rundingan, antaranya “Rayuan dibuat, masa dipanjangkan, proses dilanjut, harapan dilambatkan” dan “Hari ini janji, esok pula kajian”.

Video tersebut dipercayai muncul susulan beberapa perkembangan terkini berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang kembali menjadi perhatian umum.

Sementara itu, Media baru-baru ini melaporkan bahwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata Kerajaan persekutuan dan Sabah kini mempunyai kefahaman yang lebih jelas berhubung angka serta asas pengiraan tuntutan 40% hasil negeri itu,

Beliau berkata perkara itu dicapai susulan pertemuan bersama Menteri Kewangan Sabah Masidi Manjun semalam yang membincangkan perkembangan terkini rundingan berhubung tuntutan terbabit.

Menurut Mustapha, data hasil semasa meliputi tempoh 2007 hingga 2025, termasuk rekod daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam, telah melalui proses pertukaran maklumat antara kedua-dua pihak.

“Setakat ini, kedua-dua kerajaan telah mencapai kefahaman yang jelas terhadap angka dan asas pengiraan,” katanya di Facebook sambil menegaskan rundingan dibuat dengan lebih praktikal, berfasa dan berpaksikan kepentingan rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Kadar Adunan Biodiesel Dinaikkan Secara Berperingkat, Perkukuh Sekuriti Tenaga Negara –...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular