HomeUtama300 liter diesel dirampas, kes diserah kepada KPDN Tawau

300 liter diesel dirampas, kes diserah kepada KPDN Tawau

Read Time:40 Second

TAWAU: Sebanyak 300 liter minyak diesel dengan nilai anggaran RM11,445 dirampas dalam satu operasi di daerah ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berkata, kes rampasan tersebut telah diserahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Tawau kepada KPDN Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, KPDN Tawau telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Rampasan yang dilakukan baru-baru ini, kira-kira jam 4.40 petang itu membabitkan 300 liter minyak diesel yang ditemui dalam sebuah kenderaan Isuzu Trooper bersama tangki tambahan yang telah diubah suai. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM11,445,” menurut kenyataan itu.

KPDN menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama rapat dengan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan serta memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

RELATED ARTICLES
Utama

APMM tumpaskan aktiviti pemindahan minyak sawit haram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular