HomeUtamaJemaah haji diingatkan utamakan keselamatan, kesihatan – Shahelmey

Jemaah haji diingatkan utamakan keselamatan, kesihatan – Shahelmey

Read Time:1 Minute, 2 Second

PUTATAN: Bakal jemaah haji dari daerah ini yang akan berangkat menunaikan rukun Islam kelima diingatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan sepanjang musim haji tahun ini.

Ahli Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, para jemaah juga perlu sentiasa peka serta mematuhi setiap arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi memastikan kelancaran ibadah.

Beliau berkata, musim haji lazimnya melibatkan kehadiran jutaan umat Islam dari seluruh dunia, selain berdepan cabaran cuaca panas serta jadual ibadah yang padat.

“Sehubungan itu, kita nasihatkan agar para jemaah mengutamakan faktor keselamatan dan kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci. Kita doakan mereka memperoleh haji yang mabrur,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 50 bakal jemaah haji dalam Majlis Duyufurrahman (Tetamu Allah) Peringkat Parlimen Putatan yang diadakan di Masjid Daerah Putatan, di sini pada Sabtu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya serta Pegawai Tugas-Tugas Khas Parlimen Putatan, Mohd Sufian Matin.

Shahelmey berkata, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi meraikan bakal jemaah haji dari kawasan Parlimen Putatan.

“Alhamdulillah, kita menyampaikan sedikit sumbangan kepada para jemaah yang dijadual berangkat ke Tanah Suci bermula 11 Mei ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada tetamu Allah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Program Memacu Kehidupan: 300 keluarga terima sumbangan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular