HomeUtamaHubungan Zara dan ibunya rapat – Saksi

Hubungan Zara dan ibunya rapat – Saksi

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Hubungan antara Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dan ibunya disifatkan sangat rapat sehingga mereka lebih seperti sahabat rapat, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini.

Bapa saudara Zara, Abu Bakar Lamat, berkata sepanjang pemerhatiannya sejak Zara kecil, remaja itu tidak pernah menunjukkan tanda takut, membenci atau menjauhkan diri daripada ibunya, Noraidah Lamat.

Saksi ke-72 itu berkata, Zara juga sering berkongsi cerita dan masalah dengan ibunya selain kerap menghubungi Noraidah pada waktu malam untuk bertanya khabar dan melepaskan rasa rindu.

“Berdasarkan pemerhatian saya, hubungan antara Zara dan ibunya amat baik dan rapat sejak kecil. Zara kelihatan sangat selesa bersama ibunya dan hubungan mereka lebih seperti seorang ibu dan sahabat rapat.

“Zara sering berkongsi cerita dan masalah dengan ibunya. Saya tidak pernah melihat pertengkaran serius antara mereka dan saya juga tidak pernah melihat Zara takut, membenci atau menjauhkan diri daripada ibunya,” katanya dalam pernyataan bertulis yang dibacakan di Mahkamah Koroner di sini.

Abu Bakar berkata, Noraidah juga sentiasa menegur dan mendidik Zara secara lembut serta penuh kasih sayang selain sedaya upaya memenuhi keperluan dan kehendak anaknya itu.

Katanya, Zara dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian selain sangat menyayangi keluarganya walaupun tinggal berjauhan di asrama.

“Pada pandangan saya, Zara amat mencintai ibunya dan sentiasa mengambil berat tentang ibunya walaupun berjauhan sejak tinggal di asrama.

“Saya juga mendapati Zara sering menghubungi ibunya pada waktu malam untuk bertanya khabar dan melepaskan rasa rindu. Pada pemerhatian saya, Zara sangat gembira menjalani kehidupan bersama ibunya dan tidak pernah mempunyai masalah serius dengan ibunya,” katanya.

Abu Bakar turut memberitahu mahkamah bahawa Zara seorang remaja yang peramah, manja dan mudah mesra dengan ahli keluarga.

Zara, 13, ditemui tidak sedarkarkan diri di tingkat bawah asramanya pada 16 Julai 2025 sebelum disahkan meninggal dunia keesokan pagi di Hospital Queen Elizabeth.

Mayatnya kemudian digali semula pada 9 Ogos 2025 dan bedah siasat dijalankan pada 10 Ogos di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth.

Pada 20 Ogos 2025, lima remaja bawah umur yang diberikan iaitu Pelajar A, B, C, D dan E didakwa kerana mencela Zara.

RELATED ARTICLES
Utama

Masidi sokong inisiatif tingkat produktiviti sektor pertanian Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular