HomeUtamaAplikasi Sabah Smart Parking alami gangguan sementara, tiada kompaun dikeluarkan

Aplikasi Sabah Smart Parking alami gangguan sementara, tiada kompaun dikeluarkan

Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Aplikasi Sabah Smart Parking (SSP) mengalami gangguan operasi sementara yang menyebabkan beberapa fungsi utama tidak dapat diakses oleh pengguna.

DBKK Holdings Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan itu menjejaskan beberapa perkhidmatan termasuk pembayaran caj letak kereta secara digital, semakan dan pembayaran kompaun, pembelian Pas Parkir Bulanan, tambah nilai kredit (top-up) serta akses kepada modul IBERSIH dan beberapa perkhidmatan lain.

Sehubungan itu, DBKK Holdings Sdn. Bhd.  memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan melalui pengeluaran kompaun tidak akan dilaksanakan sepanjang tempoh gangguan aplikasi berkenaan.

Menurut kenyataan itu, usaha sedang dijalankan bagi memastikan aplikasi Sabah Smart Parking dapat kembali beroperasi seperti biasa dalam kadar segera.

“Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna sepanjang tempoh gangguan ini,” menurut kenyataan tersebut.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Pengurusan Tempat Letak Kereta DBKK Holdings di Tingkat 1, KK Plaza Shopping Complex menerusi talian 088-270181 atau 088-270182.

RELATED ARTICLES
Utama

Keputusan Rayuan Syed Saddiq : Mahkamah Tangguh Keputusan Kepada 13 Julai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular