HomeUtama12 warga China dihantar pulang, lebih 4,000 PATI dipindahkan dari Sabah setakat...

12 warga China dihantar pulang, lebih 4,000 PATI dipindahkan dari Sabah setakat ini

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga China dihantar pulang ke negara asal menerusi Program Pemindahan Tahanan PATI yang dilaksanakan oleh Depot Imigresen Papar pada 9 Julai lalu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah dalam kenyataan memaklumkan, program itu melibatkan 10 lelaki dewasa dan dua wanita dewasa yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Guangzhou, China.

Menurut kenyataan itu, kesemua mereka telah selesai menjalani proses perundangan di Malaysia selain melepasi proses verifikasi dokumen perjalanan oleh Kedutaan Asing di Malaysia sebelum dibenarkan pulang ke negara asal.

Sehingga kini, seramai 4,005 tahanan PATI telah berjaya dipindahkan ke negara masing-masing melalui program berkenaan.

Daripada jumlah itu, warga Filipina merekodkan bilangan tertinggi iaitu seramai 2,578 orang, diikuti Indonesia (1,207), Pakistan (100), China (84), Vietnam (18) serta lain-lain warganegara (18).

Dalam pada itu, JIM Sabah menyeru orang ramai supaya lebih peka terhadap kehadiran PATI di kawasan masing-masing serta tidak bersekongkol dengan melindungi atau menggaji mereka.

Sebarang maklumat berkaitan kegiatan PATI boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah menerusi portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau Sistem Pertanyaan Online (SPO).

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia Terima Lima Bidaan Bagi Loji Janakuasa Gas Baharu Dalam Usaha...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular