HomeUtamaAngkatan Muda Harapan Gesa Semua Menteri, Timbalan Menteri BN Letak Jawatan Susulan...

Angkatan Muda Harapan Gesa Semua Menteri, Timbalan Menteri BN Letak Jawatan Susulan Kerjasama Dengan Parti PN

Read Time:1 Minute, 32 Second

KUALA LUMPUR — Angkatan Muda Harapan (AMH) menggesa semua menteri dan timbalan menteri daripada Barisan Nasional (BN) meletakkan jawatan daripada Kabinet susulan perkembangan politik yang menyaksikan BN bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Dalam kenyataan bersama hari ini, AMH mendakwa tindakan BN itu menimbulkan persoalan terhadap komitmen parti tersebut dalam Kerajaan Perpaduan, walaupun memegang beberapa jawatan penting termasuk Timbalan Perdana Menteri dan portfolio menteri.

Menurut AMH, kerjasama terbuka antara BN dan PN menunjukkan BN lebih mengutamakan percaturan politik berbanding menghargai kepercayaan yang diberikan dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Kenyataan itu turut merujuk kepada kenyataan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menyifatkan sokongan pengundi terhadap calon BN dan PN di peringkat negeri sebagai medan menguji formula kerjasama yang berpotensi diterjemahkan pada peringkat nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

AMH berpandangan kenyataan tersebut memberi gambaran bahawa kerjasama BN-PN bukan lagi bersifat sementara atau taktikal, sebaliknya merupakan persediaan ke arah pembentukan jajaran politik baharu.

Pada masa sama, AMH berkata Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah memperuntukkan jawatan EXCO kepada BN di Pulau Pinang dan Selangor selepas PRN 2023 sebagai menghormati semangat Kerajaan Perpaduan.

Sehubungan itu, AMH berpendapat menteri dan timbalan menteri daripada BN wajar meletakkan jawatan supaya BN dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjasama politik dengan PN tanpa menjejaskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menurut kenyataan itu, langkah berkenaan juga disifatkan dapat mengurangkan kekeliruan rakyat mengenai pendirian BN, selain mengelakkan sebarang risiko yang boleh menjejaskan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

AMH turut menegaskan bahawa rakyat lebih mengutamakan sebuah kerajaan yang memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat, berbanding persaingan politik yang berterusan.

Kenyataan bersama itu ditandatangani Ketua Penerangan Angkatan Muda Harapan merangkap Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Ammar Atan; Setiausaha Publisiti DAPSY Kebangsaan, Ho Chi Yang; Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Danish Hairudin; serta Pengarah Biro Komunikasi WARDA, Syazana Nasir.

RELATED ARTICLES
Utama

Peguam lapor polis, gesa siasatan menyeluruh insiden pelajar terjatuh di sekolah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular