HomeUtamaRCI Tabung Haji : Tiga pegawai syarikat hartanah direman, disyaki seleweng caj...

RCI Tabung Haji : Tiga pegawai syarikat hartanah direman, disyaki seleweng caj penalti RM450,000

Read Time:53 Second

PUTRAJAYA: Tiga pegawai kanan sebuah syarikat hartanah direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan caj notis penalti bernilai kira-kira RM450,000.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 50-an itu masing-masing bertugas sebagai timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek Dimana Syarikat berkenaan adalah anak syarikat sebuah badan berkanun.

Perintah reman sehingga 9 Ogos dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Menurut sumber, semua suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir di ibu pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai bersubahat dalam perbuatan berkenaan antara 2017 hingga 2019,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Siasatan berkenaan merupakan sebahagian daripada penelitian khas SPRM terhadap penemuan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Laporan setebal 252 muka surat itu merangkumi siasatan terhadap pengurusan dan operasi dana berkenaan bagi tempoh 2014 hingga 2020. Dokumen tersebut dinyahklasifikasikan dan diterbitkan pada Rabu lalu.

RELATED ARTICLES
Utama

Guna dokumen ‘Power of Attorney’ palsu, lelaki dipenjara enam tahun

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular