HomeUtamaKPDN Tawau rampas 400 liter diesel disyaki diseleweng

KPDN Tawau rampas 400 liter diesel disyaki diseleweng

Read Time:1 Minute, 30 Second

TAWAU  : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau merampas 400 liter minyak diesel yang disyaki diseleweng selepas menerima satu kes serahan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Tawau.

KPDN Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, rampasan itu dibuat di Jalan Kalabakan-Tawau kira-kira jam 7.20 pagi, melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux Single Cab, 400 liter minyak diesel serta 20 unit tong plastik (jerry can) yang dipercayai digunakan bagi menyimpan bahan api berkenaan.

Menurut kenyataan itu, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM64,848.

Susulan rampasan itu, KPDN Tawau telah membuka satu kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenal pasti sama ada berlaku pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“KPDN memandang serius sebarang bentuk penyelewengan melibatkan barang kawalan dan memberi amaran keras kepada mana-mana individu atau syarikat supaya sentiasa mematuhi undang-undang yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut KPDN, mana-mana individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dengan hukuman denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat pula, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya.

KPDN turut menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi penguat kuasa lain dalam membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan, khususnya melibatkan minyak diesel bersubsidi, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan disaran menyalurkan maklumat kepada KPDN melalui portal e-Aduan, menghubungi KPDN Cawangan Tawau di talian 089-776690 atau WhatsApp Aduan Pengguna di 019-279 4317 dan 019-848 8000 bagi membantu usaha penguatkuasaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Maritim Malaysia tahan 10 Kru warga asing, VNT tamat tempoh lesen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular