HomeUtama17 warga China didenda keseluruhan RM170,000 tinggal lebih masa di Sabah

17 warga China didenda keseluruhan RM170,000 tinggal lebih masa di Sabah

Read Time:51 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seramai 17 lelaki warga China didenda keseluruhan RM170,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah tinggal di Sabah melebihi tempoh yang dibenarkan.

Hakim Hurman Hussain menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap setiap tertuduh atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Kesemua mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, tiga lagi warga asing turut dijatuhi hukuman penjara dalam prosiding berasingan selepas mengaku bersalah atas kesalahan sama.

Dua daripada mereka, masing-masing seorang lelaki dan wanita warga Indonesia, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.

Seorang lagi tertuduh, lelaki warga Filipina, dijatuhi hukuman penjara enam bulan.

Kesemua 20 tertuduh akan dirujuk semula kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) selepas selesai menjalani hukuman untuk tindakan selanjutnya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen Mohd Sharifuddin Salim, serta Pegawai Imigresen Baxter Junior Goh dan Mohd Hairul Bona.

RELATED ARTICLES
Utama

Indeks sinaran ultraungu (UV) di Kota Kinabalu capai tahap ekstrem

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular