HomeUtama10 tong gas dirampas di Tawau

10 tong gas dirampas di Tawau

Read Time:1 Minute, 4 Second

TAWAU: Sebanyak 10 tong gas petroleum cecair (LPG) dirampas dalam Op Taring Gelora di kawasan perairan Laut Batu 3, di sini.

Turut dirampas sebuah bot kargo berwarna kelabu dan enjin jenama Yamaha 85HP, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM70,800.

Kes itu kemudian diserahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Tawau untuk tindakan lanjut.

Menurut KPDN Sabah, KPDN Tawau telah membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi menyiasat kes berkenaan berhubung kegagalan menunjukkan sebarang permit bagi memiliki barang kawalan subsidi kepada pengawal.

KPDN memberi amaran kepada mana-mana individu atau syarikat supaya mematuhi perundangan yang ditetapkan dan tidak terlibat dalam penyelewengan barang kawalan.

Jika disabitkan kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta bagi kesalahan berikutnya, atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat, denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya boleh dikenakan.

KPDN turut menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain dalam membanteras penyelewengan barang kawalan dan memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang melanggar undang-undang.

KPDN turut memberi amaran bahawa sebarang cubaan menyeleweng atau menyalahgunakan barang kawalan subsidi adalah satu kesalahan serius dan tindakan akan diambil tanpa kompromi.

RELATED ARTICLES
Utama

172 PATI Filipina dipindahkan pulang ke negara asal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular