HomeUtamaGagal patuhi award tribunal, pengarah agensi pelancongan didenda

Gagal patuhi award tribunal, pengarah agensi pelancongan didenda

Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Seorang pengarah agensi pelancongan didenda RM2,000 kerana gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna yang mengarahkan syarikatnya membayar balik RM14,288.40 kepada seorang penuntut.

Majistret Marilyn Kelvin juga memerintahkan Jafni Hashim, 51, dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Jafni mengaku bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Jafni selaku pengarah Kembara Ziarah Travel & Tours Sdn Bhd didakwa gagal mematuhi award yang dikeluarkan Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di sini pada 21 Ogos 2023.

Mengikut award berkenaan, syarikat itu diperintahkan membayar balik RM14,288.40 kepada penuntut, Norazah Ramlee, dalam tempoh 14 hari dari tarikh award tersebut. Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal mematuhi perintah itu.

Kesalahan dilakukan pada 9 November 2023.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Malai Rosidi Malai Muhamad.

RELATED ARTICLES
Utama

Beroperasi lebih masa, pemilik pusat hiburan didenda RM3,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular