HomeUtamaGempa bumi lemah gegar Keningau, JBPM jalankan pemantauan

Gempa bumi lemah gegar Keningau, JBPM jalankan pemantauan

Read Time:42 Second

KENINGAU: Gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud dilaporkan berlaku di Keningau pada jam 9.31 pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, gempa bumi berkenaan berpusat kira-kira 10 kilometer di barat Keningau pada kedalaman 10 kilometer dan gegarannya dirasai di sekitar daerah berkenaan.

Susulan kejadian itu, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau menjalankan rondaan serta pemeriksaan di beberapa lokasi, termasuk Bangunan G-MART Keningau, Bangunan Perabot Apollo, Pejabat Kesihatan Keningau dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

Hasil pemeriksaan mendapati tiada kerosakan struktur, runtuhan, kebakaran atau kecederaan dilaporkan.

Pasukan bomba turut menasihatkan orang awam supaya berwaspada terhadap kemungkinan gegaran susulan dan segera melaporkan sebarang kerosakan atau kecemasan kepada pihak berkuasa.

Operasi melibatkan tujuh anggota itu tamat pada jam 11.05 pagi selepas keadaan di lokasi didapati selamat dan terkawal.

RELATED ARTICLES
Utama

Gagal patuhi award tribunal, pengarah agensi pelancongan didenda

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular