HomeUtamaPekerja lelaki cedera, jari tersepit mesin pengisar ikan

Pekerja lelaki cedera, jari tersepit mesin pengisar ikan

Read Time:54 Second

SANDAKAN: Seorang pekerja lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan pada jari tangan kanan selepas tersepit dalam sebuah mesin pengisar ikan di sebuah kilang di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 2.11 petang itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan sebelum sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan dikejarkan ke lokasi.

Jentera bomba tiba di tempat kejadian pada jam 2.14 petang, kira-kira tiga minit selepas menerima panggilan, dengan jarak lokasi sekitar dua kilometer dari balai.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Syamzari Ganih berkata, mangsa didapati mengalami kecederaan selepas jari tangannya tersepit di dalam mesin pengisar ikan.

Menurutnya, pasukan bomba kemudian menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi melepaskan jari mangsa yang tersepit.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian jari tangan kanan dan diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan pada jam 3.25 petang.

RELATED ARTICLES
Utama

Jabatan Kesihatan Sabah perkasa keselamatan makanan di Gunung Kinabalu

Anwar Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular