HomeUtamaPerselisihan di tempat kerja, lelaki ditahan berhubung ugutan

Perselisihan di tempat kerja, lelaki ditahan berhubung ugutan

Read Time:43 Second

TAWAU: Seorang lelaki berusia lingkungan 32 tahun ditahan polis kerana disyaki mengugut rakan sekerjanya susulan perselisihan faham berkaitan urusan di tempat kerja.

Kejadian itu dilaporkan membabitkan seorang wanita berusia 20 tahun di sebuah pusat fisioterapi di Jalan Kabota, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata, pengadu mendakwa menerima ugutan daripada suspek yang merupakan rakan sekerjanya.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah menahan suspek di tepi jalan Taman Perindustrian Leeka, Tawau,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Wilynton berkata, polis akan menjalankan soal siasat lanjut terhadap suspek bagi melengkapkan siasatan untuk tindakan lanjut.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya berdepan sebarang perselisihan atau ancaman, sebaliknya membuat laporan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut undang-undang.

RELATED ARTICLES
Utama

Pekerja lelaki cedera, jari tersepit mesin pengisar ikan

Anwar Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular