HomeUtamaMiliki 600 liter petrol tanpa permit, lelaki didenda RM15,000

Miliki 600 liter petrol tanpa permit, lelaki didenda RM15,000

Read Time:55 Second

TAWAU: Seorang lelaki didenda RM15,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin, selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki 600 liter petrol tanpa permit.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda dan dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan 600 liter petrol yang disita dijual dan hasil jualannya dijadikan hasil kerajaan.

Sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran dan enjin sangkut Yamaha 40HP pula diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tujuan pelupusan.

Tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan memiliki barang kawalan tanpa permit mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kes itu adalah hasil tindakan penguatkuasaan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna dan pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  Zulkifli Baco.

Ketua Cawangan KPDN Semporna, Mohammad Roli Aliman berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau pihak yang melanggar peruntukan undang-undang berkaitan kawalan bekalan.

Katanya, tindakan itu selaras dengan komitmen KPDN dalam memastikan barang kawalan bersubsidi tidak disalahgunakan.

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 10 juta carian Sabah di REDnote cetus minat tinggi pelancong...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular