HomeUtamaMetMalaysia diminta segera pasang sistem amaran awal gempa di Kuamut

MetMalaysia diminta segera pasang sistem amaran awal gempa di Kuamut

Read Time:1 Minute, 12 Second

TONGOD: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) diminta segera memasang sistem amaran awal gempa bumi di kawasan berisiko di Kuamut susulan kejadian gempa lemah bermagnitud 3.3 pada skala Richter, pagi tadi.

Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah, berkata pemasangan sensor seismik automatik perlu disegerakan bagi memantau aktiviti gempa bumi dan mengurangkan risiko sekiranya berlaku gempa susulan yang lebih kuat.

Menurutnya, walaupun kejadian pada jam 5.32 pagi itu tidak menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk, langkah pencegahan perlu diambil berikutan Kuamut pernah dilanda gempa bermagnitud 3.6 pada skala Richter pada 17 Julai lalu, pada kedalaman 280 kilometer.

“Saya berharap MetMalaysia mengambil tindakan segera memasang sensor pengesan awal gempa bumi di Kuamut bagi membolehkan sebarang aktiviti seismik dipantau dengan lebih berkesan.

“Biasanya kejadian gempa boleh berulang dan kita perlu bersedia lebih awal bagi mengurangkan risiko kepada penduduk serta infrastruktur,” katanya.

Masiung turut mengarahkan Pegawai Daerah Tongod, Hadzlan Jablee, mengenal pasti kawasan yang terkesan, termasuk memeriksa kemungkinan berlaku keretakan atau kerosakan pada infrastruktur awam.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini belum ada laporan lengkap diterima daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kesan kejadian berkenaan.

Menurut MetMalaysia, gempa bumi bermagnitud 3.3 itu berlaku pada jam 5.32 pagi dengan pusat gempa dikesan pada koordinat 5.1 darjah Utara dan 116.8 darjah Timur.

Gempa berlaku pada kedalaman 118 kilometer, kira-kira 34 kilometer barat daya Tongod dan 280 kilometer barat laut Tarakan, Indonesia.

RELATED ARTICLES
Utama

Literasi pertahanan perkukuh ketahanan rakyat, bina daya rintang negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular