HomeUtamaPenjawat awam nafi cabul remaja perempuan

Penjawat awam nafi cabul remaja perempuan

Read Time:48 Second

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul seorang remaja perempuan berusia 18 tahun.

Lelaki berusia 41 tahun  itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa dengan niat mencabul kehormatannya di tingkat bawah sebuah rumah di Alam Mesra, kira-kira jam 11 pagi pada 12 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,800 dengan seorang penjamin tempatan.

Majistret turut mengingatkan tertuduh supaya tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan dan memerintahkannya melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Tertuduh diwakili peguam Jessica Ombou Kakayun, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Esther Cynthia Jebon.

RELATED ARTICLES
Utama

Rompak berkumpulan: Dua lelaki dipenjara 11 tahun, empat sebatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular